Yayasan Amal Malaysia (AMAL)

Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai cawangan di seluruh negara dan bergerak aktif menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah”, AMAL bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik.

AMAL mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada berpunca dari bencana alam atau manusia di dalam dan luar negara. Menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menambahbaik persekitaran pendidikan, kesihatan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. Mengetengah isu keadilan, kebajikan dan hak asasi manusia untuk memberi suara kepada mereka yang memerlukannya.



YAYASAN AMAL MALAYSIA CAW WILAYAH PESEKUTUAN

AMAL akan sentiasa terus proaktif dalam bertindak balas dengan isu-isu kecemasan seperti menyediakan bantuan kepada mangsa bencana alam atau bencana manusia seperti peperangan, penzaliman, penindasan, pengusiran dan seumpamanya. AMAL juga aktif dalam menjalankan projek pembangunan dan pemulihan seperti pembangunan pusat pendidikan & latihan, penyediaan air bersih & sanitasi dan penjagaan kesihatan. Menerusi amanah yang dipikul, kami berharap dapat terus bergerak ke hadapan dalam memupuk keamanan sejagat dan menyelesaikan permasalahan yang melanda masyarakat khususnya di Lembah Kelang ini.

Program pembangunan manusia. Kelas bimbingan Asnaf dan Muallaf

Selepas Warung Makan Sahabat dimulakan dan mendapat kejayaan, Rumah Didik Sahabat ditubuhkan bagi meneruskan agenda mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada sahabat jalanan (gelandangan), golongan asnaf, muallaf dan kanak-kanak yang terbiar.

RDS juga menjadi pusat untuk para muallaf mendapatkan ilmu ISLAM. apa yang mengujakan adalah, sudah ada LEBIH 50 orang peserta yang datang telah memeluk agama islam disini sehingga ia menjadi satu komuniti yang hebat. kelas pengajian islam dalam 2 bahasa. Kelas Agama dalam Bahasa Menderin juga digerakkan agar mampu memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para muallaf yang datang.

Sumbangan Makan Buat Sahabat Jalanan Fakir Miskin Kota

Kami ingin mengajak Tuan/Puan para dermawan sekalian untuk bersama-sama Pihak Yayasan Amal Malaysia memeriahkan projek memberi makan kepada fakir miskin tegar kotaraya (gelandangan) di Warung Makan Sahabat.
  
Anda kini boleh manaja Pek makanan harian Warung makan Sahabat yang hanya bernilai lapan 8 ringgit sahaja ( RM8) untuk satu hidangan, dari program makan begini, maka aktiviti-aktiviti dakwah & kebajikan khususnya dakwah, kerohanian dan pengislaman saudara baru di warung makan sahabat sentiasa meriah.



Purchase Details

Item Quantity Amount
Infak Rak Makanan & Barangan
RM2.00

Infaq Rumah Didik Sahabat
RM2.00

Infaq Pusat Dakwah Serantau
RM2.00

Infaq Warung Makan Sahabat
RM10.00

Infaq Pembinaan Pusat Dakwah Serantau
RM10.00

Infaq Tunai Kenderaan
RM10.00

Wakaf Al-Quran Afrika
RM10.00

Infaq Tadika AMAL
RM10.00

Total Price

Customer Details

Others Details

Payment Details

DISCLAIMER: The merchant, identified as Yayasan Amal Malaysia (Amal Wilayah), is an authorized partner with KineticPay, specializing in invoicing and payment processing for their users. Please be aware that Kinetic Innovative Technologies Sdn Bhd will appear as the merchant name in your online banking system and on your FPX receipt. Additionally, a fee of RM1.50 will be charged for using the KineticPay payment gateway.